You are hereBeritaNasional

BeritaNasional


Masuk penjara untuk kekal MP, saran timbalan speaker

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ahli parlimen Batu, Tian Chua boleh memilih untuk menjalani hukuman penjara dua bulan jika beliau tidak mahu kehilangan kerusi parlimennya itu.


Date: 
Mon, 21/06/2010

33 Pekerja Hotel Di Langkawi Diberhentikan Tanpa Notis

LANGKAWI - Seramai 33 pekerja sebuah hotel di Pantai Cenang di sini mendakwa diberhentikan tanpa diberikan notis berkuat kuasa Ahad malam.

Kesemua pekerja terbabit membuat laporan polis dan membuat aduan di Pejabat Tenaga Kerja Langkawi di sini Isnin.

Jurucakap pekerja berkenaan, Zahid Ahmad berkata tiada sebarang notis dan bayaran gaji dibuat kepada pekerja yang dihentikan dan alasan yang diberikan ialah tidak mematuhi arahan majikan.

Date: 
Mon, 21/06/2010

Wanita Bantah Disuruh Buka Hijab Semasa Temuduga

MELBOURNE - Seorang wanita Islam tidak berpuas hati kerana disuruh membuka hijab ketika menghadiri sesi temuduga di sebuah hospital di Northern Territory .

Akhbar Northern Territory News melaporkan bahawa berikutan aduan wanita berkenaan, pegawai Suruhanjaya Antipenindasan Northern Territory telah menjalankan penyiasatan berhubung kes itu.

Bagaiamanapun, pemangku pesuruhjaya Lisa Coffey enggan mengesahkan sama ada pihaknya telah menerima aduan tentang perkara tersebut.

Date: 
Mon, 21/06/2010

Speaker kata Tian Chua masih MP Batu

Tian Chua masih ahli parlimen Batu sehingga Dewan Rakyat membatalkan kelayakannya, kata Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kepada wartawan hari ini.

Ini ekoran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara ke atas pemimpin PKR itu, selepas disabitkan kesalahan jenayah tiga tahun lalu.

Date: 
Mon, 21/06/2010

5 bookie dengan pertaruhan RM6j ditahan

Polis menahan lima lelaki kerana dipercayai menjalankan perjudian bola sepak Piala Dunia 2010, di Johor dengan membabitkan pertaruhan RM6 juta.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka ditahan secara berasingan mulai Selasa hingga Jumaat lepas, di kediaman persendirian di Taman Delima di Kluang, Taman Megah Ria di Masai dan Taman Gaya di Ulu Tiram.

Date: 
Mon, 21/06/2010

Generasi muda mahu penjara Pudu dipulihara

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah di ibu negara mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar.


Date: 
Mon, 21/06/2010

Liew: Kos jambatan kedua, jawapan PM tak benar

Ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Ching Tong mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan jawapan yang tidak benar berhubung soalannya mengenai kos pembinaan projek jambatan kedua Pulau Pinang.


Date: 
Sat, 19/06/2010

Serang kuil: Kemuka bukti atau dakwa penyebar berita

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan digesa mendedahkan nama pengganas dan pertubuhan mereka jika terdapat bukti, mereka cuba menyerang tempat ibadat bukan Islam di negara ini.


Date: 
Sat, 19/06/2010

KPKT Belanja Hampir RM60 Juta Pasang 496 Unit CCTV Di 25 PBT

PETALING JAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukkan hampir RM60 juta bagi memasang dan menguruskan 496 kamera litar tertutup (CCTV) di 25 kawasan panas pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di kawasan itu.

Menteri berkenaan Datuk Chor Chee Heung berkata peruntukan itu adalah untuk tempoh lima tahun dengan pemasangan kesemua CCTV itu dijangka selesai pada hujung Ogos ini.

Menurutnya lokasi CCTV itu adalah berdasarkan maklumat Polis DiRaja Malaysia.

Date: 
Sat, 19/06/2010

"Saya Tidak Campuri Pelantikan Ibas," Kata Susilo

JAKARTA - Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata beliau tidak campur tangan dalam soal pelantikan anak lelakinya Edi Baskoro Yudhoyono sebagai Setiausaha Agung Parti Demokrat.

Pelantikan Edi Baskoro yang diumumkan oleh Ketua Umum Parti Demokrat yang baru, Anas Urbaningrum pada Khamis telah menyebabkan banyak pihak menyuarakan keraguan terhadap kemampuan pemuda berusia 29 tahun itu yang dikatakan kurang berpengalaman.

Ibas, nama panggilan kepada Edi Baskoro, menggantikan Marzuki Alie yang juga Ketua Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia.

Date: 
Sat, 19/06/2010