You are hereBeritaNasional
BeritaNasional
'Tentera Israel memang berniat membunuh'
Ketua misi Life Line For Gaza (LL4G) Noorazman Mohd Samsuddin berkata penggunaan peluru getah adalah sebagai alasan semata-mata kerana terdapat bukti pihak Israel memang berniat membunuh pihak tertentu yang ada di atas Mavi Marmara.

Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Mahu Kuasa Besar Bantu Selesaikan Isu Mereka
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Malaysia (MERHROM) meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat menyelesaikan segera isu pencabulan hak asasi etnik di Myanmar.
Presidennya Zafar Ahmead Mohd Abdul Ghani berkata hak asasi etnik Rohingya di Myanmar telah lama dicabuli oleh junta tentera yang menguasai negara tersebut sejak 1962.
Sukarelawan Malaysia Diarah Berbogel Kerana Disangka Pengganas
SHAH ALAM - "Saya diarah berbogel semasa disoal siasat selama setengah jam kerana disangka pengganas dan mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda. Mereka cuba kaitkan saya dengan al-Qaeda tetapi saya cakap kami ialah aktivis.
"Mereka mungkin menyangka saya pengganas sebab rambut saya di dalam pasport panjang sedangkan semasa ditahan, saya berambut pendek seperti seorang komando," kata Exco badan bukan kerajaan (NGO) Muslim Care Malaysia Abd Halim Mohd Redzuan, 40.
Kumpulan Pemilik Harley Asia Tenggara Tanam Pokok Di Taman Tasik Perdana
KUALA LUMPUR - Rali Kumpulan Pemilik Harley Asia Tenggara (SEA HOG) 2010, yang memulakan perjalanan dari Singapura, meluangkan masa untuk menanam pokok di Taman Tasik Perdana di sini pada Ahad.
Kira-kira 300 penunggang motosikal, yang mengambil bahagian dalam rali selama seminggu ke Thailand, menanam pokok 'Cassia Rainbow Shower' sebagai tanda sokongan mereka kepada usaha-usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya hijau dan mesra alam sekitar.
Lelaki maut gaduh rebut kawasan dadah
Seorang lelaki maut sementara rakannya cedera dalam pergaduhan untuk merebut kawasan pengedaran dadah di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur awal pagi semalam.
Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam kejadian pukul 3.00 pagi itu, kedua-dua mangsa sebelum itu diserang oleh tiga lelaki tempatan di tingkat tujuh di Selangor Mansion di kawasan itu.
Pulau Pinang tetap larang judi sukan
Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berganjak daripada keputusannya melarang judi sukan di negeri itu walaupun terdapat rayuan daripada hartawan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa keputusan itu urusan kerajaan negeri.
Beliau menolak justifikasi Tan bahawa mengharamkan lesen tersebut akan meningkatkan lagi pertaruhan haram dan Lim menyifatkannya sebagai "pandangan peribadi (Tan). Itu haknya."
KJ: Utamakan Palestin dalam dasar luar
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mendesak kerajaan supaya memberi keutamaan kepada rakyat Palestin dalam merangka dasar luar negara kerana sudah lama rakyat negara itu ditindas.

Dakwaan terbaru GAS terhadap Samy
Gerakan Anti Samy (GAS) melancarkan serangan terbaru terhadap presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dengan mendakwa beliau mengutip sumbangan RM11,000 daripada setiap cawangan parti itu untuk membangunkan kolej AIMST milik parti itu, atau cawangan mereka akan ditutup.

Sukarelawan Gaza Rakyat Malaysia Berlepas Pulang
AMMAN - Sekumpulan 12 rakyat Malaysia yang dibebaskan kerajaan Israel Rabu lepas ekoran insiden rampasan kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza awal minggu ini, telah meninggalkan Amman untuk ke Istanbul sebelum berlepas pulang ke tanah air pada Jumaat.
Mereka diiringi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan pegawai kementerian yang lain menaiki pesawat Royal Jordanian (RJ).
Kebanyakan Lulusan UMS Mendapat Kerja, Kata Dr Kassim
KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS), yang ditubuhkan hampir 15 tahun lepas, setakat ini berjaya mengeluarkan hampir 25,000 graduan dan kebanyakan mereka mendapat pekerjaan, kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Prof Madya Dr Kasim Md Mansur.
Beliau berkata berdasarkan maklum balas, kebanyakan graduan UMS memperolehi pekerjaan di sektor swasta dan awam.