You are hereGenerasi muda mahu penjara Pudu dipulihara

Generasi muda mahu penjara Pudu dipulihara


Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah di ibu negara mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar.



Pembinaan penjara tersebut yang dibuat secara berperingkat itu siap sepenuhnya pada tahun 1895.

Best Viewing experience
view counter

Temboknya mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negera jajahan British.

Kini kompleks penjara dan tembok yang menjangkau usia 100 tahun itu akan dirobohkan bagi membolehkan kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu dilakukan bermula 21 hingga 24 Jun ini.

Manakala, kerja pembinaan akan akan bermula hari ini antara jam 10 malam hingga 5 pagi.

Namun, kerja-kerja meroboh kompleks penjara itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada warga kota terutama bagi mereka yang mengetahui sejarah dan keunikan bangunan tersebut.

Ada antara mereka yang setuju dan ada yang memberikan pendapat sebaliknya ekoran dengan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mahu kawasan itu menjadi laluan alternatif menghubungkan Jalan Pudu Raya ke Cheras.

Ia bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di Jalan Hang Tuah.

Tinjauan Komunitikini di sekitar penjara Pudu mendapati masih ada segelintir yang masih mahu mendekati dan mengabadikan kenangan di sebalik bangunan yang menyimpan seribu satu rahsia itu.

MALAYSIA KINI
 

Date: 
Mon, 21/06/2010
CAPTCHA
This question is for testing whether you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.
5 + 4 =
Solve this simple math problem and enter the result. E.g. for 1+3, enter 4.

Free Subscribe 电子报订购 !

Your Email :
Please select the NewsPaper that you want to subscribe!
International and Business News !!
Technology News !!
Malaysia News (English) !!
Berita Nusantara !!
华 文报 订购 !!!
LifeStyle News!!
Entertainment and Sport News !!