latest Berita Nasional Malaysia news

  1. Kerajaan timbang permohonan peruntukan baru SME bank bangunkan program usahawan

    SHAH ALAM - Kerajaan sedang menimbang permohonan peruntukan baharu dari Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd (SME Bank) di bawah Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10) bagi melaksanakan dan membangunkan Program Skim Kilang SME Bank (SKB).
        
    Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir berkata kementeriannya melalui SME Bank memberikan keutamaan kepada program keusahawanan seumpama itu bagi memantapkan lagi peranan usahawan Bumiputera perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam pembangunan negara.
       
    "Kementerian sedar bahawa program yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dalam bidang keusahawanan adalah seperti program SKB dan ia patut diberikan pertimbangan sewajarnya untuk peruntukan di bawah RMK1O, yang dijangka dibentangkan di Parlimen Jun ini.

    Dessert Chicken Rice Shop
    view counter
       
    "Setakat ini, kerajaan memperuntukkan RM334.76 juta bagi menjayakan program SKB di seluruh negara. Peruntukan ini bermula dalam RMK4 dan ia terus disediakan dalam setiap RMK iaitu hingga RMK9 yang sedang dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Permuafakatan Peserta Program SKB di sini hari ini.
        
    Bagaimana pun, Mukhriz berkata beliau tidak dapat mendedahkan jumlah peruntukan yang dipohon SME Bank sebab kerajaan masih dalam proses membincang RMK10.
       
    Semasa berucap sebelum itu, Mukhriz berkata kerajaan tidak pernah meminggirkan PKS, yang merangkumi 99 peratus daripada jumlah perniagaan yang berdaftar di Malaysia.
       
    "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPPK) Ke-10 meluluskan cadangan bagi merangka Pelan Induk PKS (2011-2020) yang bertujuan meningkatkan peranan PKS dalam model ekonomi baharu," katanya.
        
    Beliau juga berkata sumbangan PKS kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka meningkat kepada 37 peratus pada tahun ini berbanding 32 peratus yang dicapai pada tahun lepas.
        
    Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata kementerian akan memantau perkembangan produk keluaran China di negara ini bagi memastikan kualitinya menepati spesifikasi yang ditetapkan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia atau Sirim Bhd (Sirim).
        
    Beliau turut menasihati usahawan tempatan agar mempertingkat kualiti produk keluaran masing-masing untuk mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar terutamanya dari China.
       
    Sementara itu, Pengerusi SME Bank Datuk Gumuri Hussain berkata kajian menunjukkan bahawa keuntungan yang diperolehi peserta program SKB meningkat 88.1 peratus berbanding peningkatan tenaga kerja (47.6 peratus) dan peningkatan modal berbayar (21.4 peratus).
        
    "Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan produktiviti dan nilai tambah di Kompleks Kilang SME Bank berikutan peningkatan jualan dan keuntungan jauh lebih tinggi dari peningkatan tenaga kerja dan modal berbayar," katanya.
       
    BERNAMA
     

    Date: 
    Tue, 09/03/2010
  2. Enam warga Myanmar bebas daripada tuduhan membunuh

    KUALA LUMPUR - Enam warga Myanmar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada tuduhan membunuh seorang rakan senegara mereka tiga tahun lalu.
       
    Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata pengcaman kesemua tertuduh yang didakwa terlibat dalam pembunuhan itu amat tidak memuaskan.
       
    Mohamad Zabidin menjelaskan adalah tidak selamat untuk memanggil Van Duh Chung, 26; Hassan Ali Juhar, 21; Mohd Abbas Mohd Hussain, 22; Nur Alan Hussain, 24; Yusof, 36 (tiada nama penuh); dan Kokoo Ibrahim, 22, daripada membela diri terhadap pertuduhan membunuh.

    Discover Asean by MAS
    view counter
       
    "Pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh dan dengan ini mereka dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri," jelas Mohamad Zabidin.
       
    Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di rumah No.28, Jalan Batu Hampar, Taman Batu View, Jalan Ipoh, jam lebih kurang 5 pagi, pada 25 Dis 2007.
       
    Timbalan Pendakwa Raya Yaacob Cik mewakili pihak pendakwaan, sementara peguam K. Vikneswaran dan Ameenuddin Ibrahim mewakili kesemua tertuduh.
       
    BERNAMA
     

    Date: 
    Tue, 09/03/2010
  3. Kenderaan persendirian paling banyak disaman Ops Halang

    KUALA LUMPUR - Ops Halang siri kelima tahun ini telah mengeluarkan 174 saman berbanding 220 saman pada siri sebelumnya, menurut Timbalan Penguasa Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Ashari Ahmad.
       
    Daripada 174 saman yang dikeluarkan, 162 saman adalah daripada DBKL, 10 saman JPJ dan dua saman Jabatan Alam Sekitar (JAS) sementara itu terdapat dua  kereta telah ditunda DBKL dan dibawa ke Ibu Pejabat Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, katanya.
       
    Kenderaan yang disaman melibatkan 32 bas, lapan teksi dan 134 kenderaan persendirian kerana pelbagai kesalahan seperti meletakkan kenderaan di atas garisan kuning untuk masa yang lama dan pencemaran asap yang dikeluarkan oleh kenderaan awam seperti bas, katanya kepada pemberita hari ini.

    FREE TRIAL
    ipTV

     
     
    • Everyday more than 500 popular programmes
    • 72 hours of recording time
    • Rewind, Fast Forward, Pause & more Features
    • Local Malaysia TV programs : TV1, TV2, TV3, NTV7 and etc ....
    • International English Program : Bloomberg News, Al Jazeera, NHK and etc..
    • Watching TV anywhere, anytime

    * RM100 deposit with money back guaranteed !
    experience the Malaysia's First iPTV channel @only at pagi.com

    view counter
       
    Ops Halang diadakan dua kali sebulan dan pada dua bulan pertama tahun ini, sebanyak 780 saman dikeluarkan.
       
    BERNAMA
     

    Date: 
    Tue, 09/03/2010
  4. Dakwaan Felda tipu, Suhakam belum bertindak

    Selepas hampir dua minggu menerima memorandum daripada Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berhubung dakwaan salah laku oleh Felda, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) masih belum bertindak.



    Menurut seorang pesuruhjayanya, Suhakam perlu mendapatkan maklumat daripada Felda terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada agensi itu benar-benar melakukan pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan penipuan.

    bloomberg at pagi iptv
    view counter

    Datuk Siva Subramaniam berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat suruhanjaya itu semalam yang membentangkan dua memorandum daripada wakil ANAK.

    "Memo ini kita dah bentangkan kepada suruhanjaya (semalam). Suruhanjaya kata bincang dengan Felda dulu isu-isu yang dibangkitkan ini supaya kita boleh dapatkan penjelasan daripada pihak mereka.

    "Kita juga rasa ada beberapa kes yang kita akan bawa untuk perbincangan, tetapi kita akan teliti jawapan daripada Felda," katanya lagi.

    Memorandum yang diserahkan kepada Suhakam pada 24 Februari lalu itu menyenaraikan beberapa aduan termasuk dakwaan diskriminasi terhadap 25,000 peneroka yang mengendalikan sendiri kebun mereka selepas melangsaikan bayaran hutang.

    Turut didakwa oleh peserta berkenaan ialah ugutan yang diterima Felda untuk menyingkirkan mereka daripada tanah rancangan.

    Peneroka itu juga menuntut hak mereka untuk menerima wang tanam semula sebanyak RM17,000 serta bantuan tanam semula Risda bagi tanaman getah, lesen menjual hasil sawit dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) serta bantuan pendidikan dan pinjaman usahawan.

    Mengulas lanjut, Siva berkata dakwaan tersebut akan diteliti untuk mendapatkan reaksi daripada Felda.

    "Kita belum tetapkan siapa (di Felda) untuk ditemui. Belum tahu lagi siapa (untuk dijumpai). Kita akan hantar surat dahulu," katanya lagi.

    MALAYSIA KINI
     

    Date: 
    Tue, 09/03/2010
  5. Bekas MP Labuan mengaku salah tipu bank

    Bekas ahli parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini terhadap tuduhan pindaan menipu sebuah bank bagi tujuan permohonan pinjaman perumahan.

    Timbalan Pendakwa Raya Fariza Hamzah memberitahu Hakim Duncan Sikodol bahawa pertuduhan dipinda kepada Seksyen 109 (1) (m) (ii) Akta Kebankrapan 1967 yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

    Bagi satu lagi tuduhan, Hakim Sikodol melepaskan dan membebaskan Suhaili daripada tuduhan memberi maklumat palsu dalam satu akuan bersumpah pada 1995 selepas Fariza memaklumkan bahawa pihak pendakwaan tidak mempunyai bukti untuk dikemukakan kepada mahkamah.

    office sharing at PJ, Amcorp Mall, kuala lumpur
    view counter

    Pada 14 April tahun lalu, Suhaili mengaku tidak bersalah membuat kenyataan palsu itu kepada Mohd Naser Mohd Noor, seorang Jaksa Pendamai, berhubung pendaftaran syarikatnya, Saraequity Sdn Bhd, pada 3 Ogos 1995.

    Pada 13 April tahun lalu pula, Suhaili, 48, bekas Pengerusi Perbadanan Labuan sehingga 31 Mac tahun lepas, mengaku tidak bersalah kerana menipu dengan menggunakan kad pengenalan yang bukan miliknya untuk menjadi penjamin dalam permohonan pinjaman itu dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara satu hingga 10 tahun dan rotan dan juga boleh dikenakan denda.

    Suhaili, yang diwakili peguam Rakbir Singh, dituduh menipu pengurus bank Malayan Banking Berhad, Ismail Jantan, di cawangan Kota Kinabalu tanpa memaklumkan bank berkenaan bahawa beliau muflis pada 3 April 1996 dalam permohonan pinjaman perumahan syarikatnya, Saraequity Sdn Bhd, sebanyak RM110,000 dan kemudahan overdraf sebanyak RM50,000 untuk membeli satu unit apartmen di Api-Api Centre, di Kota Kinabalu.

    Fariza memberitahu mahkamah bahawa Suhaili diisytihar muflis melalui perintah mahkamah pada 3 April 1993 dan dilepaskan daripada kebankrapan pada 9 Mei 1997, lebih setahun selepas permohonan pinjaman itu diluluskan oleh bank berkenaan.

    Sikodol menetapkan esok untuk mendengar rayuan dan menjatuhkan hukuman. Suhaili sepatutnya dibicarakan selama seminggu mulai hari ini tetapi pihak pendakwaan memohon untuk mengemukakan pindaan terhadap pertuduhan itu yang membawa hukuman yang lebih ringan.

    - Bernama
     

    Date: 
    Tue, 09/03/2010
  6. Liwat II: Anwar berperang VCD pula

    Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terpaksa menggunakan rakaman VCD bagi membuktikan dakwaan kes liwat yang dilemparkan ke atasnya adalah saru konspirasi politik.



    Namun taktik yang sama pula digunakan oleh kumpulan misteri yang mengedarkan VCD yang kononnya menujukkan rakaman semasa Anwar menjalani hukumannya di penjara Sungai Buluh antara April dan Oktober 2001.

    Company Name appear to receiver: SMS
    view counter

    Visual berkenaan dipercayai dimuat-turun dari internet dan diterbitkan serta diedarkan di rumah-rumah sekitar di Bandar Baru Bangi sejak Sabtu lalu.

    Persoalan timbul bagaimana rakaman boleh dibuat di penjara dan dibawa keluar daripada penjara yang mempunyai tahap keselamatan yang canggih.

    Video berjudul 'Sandiwara Anwar sebab-sebab MP PKR keluar parti, tengok sampai habis' itu dipercayai dirakamkan ketika Anwar mengadu dia mengalami sakit belakang dan sakit tengkuk.

    Video itu menunjukkan Anwar dalam kesakitan ketika dibenarkan keluar menziarahi upacara pengebumian keluarganya.

    Bagaimanapun, gambar di penjara pula menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu kelihatan sihat dan boleh berdiri dengan mudah.

    Seorang peniaga, Mohd Arshad Ishak, yang mendakwa salinan VCD itu diletakkan di peti surat di rumahnya di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, membuat laporan polis semalam.

    "Saya tidak tahu siapa yang mengedarkan VCD itu tetapi pelik bagaimana rakaman itu boleh dibawa keluar dari penjara Sungai Buluh dan siapa yang bertanggung-jawab membawanya keluar,” katannya dalam laporan polis.

    'Gambar mungkin dirancang'

    “Saya percaya orang yang membawa keluar rakaman itu telah melakukan pecah amanah sedangkan penjara adalah kawasan keselamatan.” kata Mohd Arshad, 26 yang juga mewakli Gerakan Anti Liwat atau GELI.

    Beliau memberitahu wartawan kemungkinan gambar-gambar itu adalah dari rakaman kamera litar tertutup penjara berkenaan.

    Sehubungan itu, dia mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat bagaimana visual berkenaan boleh berada di internet dan VCD, mengenalpasti pegawai penjara yang terbabit dan menentukan ketulinan rakaman itu.

    Sementara itu, kumpulan Anwar pula sibuk mengedarkan video berhubung fatwa daripada tokoh ulama Islam, Yusof Al Qardhawi dari Mesir yang juga adalah penerima tokoh Maal hijrah Malaysia tahun lalu.

    Berjudul 'Fatwa Mutakhir Dr Yusuf Al Qardhawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim', video itu diterbitkan oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Wanita.

    Video selama 33 minit itu dirakamkan di kediaman Al Qardhawi di Doha dan diterjemahkan oleh ahli jawatankuasa pusat Pas, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

    Dalam rakaman itu, tokoh tersohor Islam itu berkata sesiapa yang menyebarkan sesuatu dakwaan yang tidak benar boleh dihukum sebagai fasik.

    VCD itu dilancarkan Sabtu lalu sempena sambutan ulang tahun kedua kemenangan memberangsangkan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008.

    MALAYSIA KINI
     

    Date: 
    Tue, 09/03/2010
  7. ISA mungkin dikuatkuasakan di Bangkok pada 11-23 Mac

    BANGKOK - Timbalan Perdana Menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal keselamatan Suthep Thaugsuban akan mencadangkan kepada kabinet esok untuk penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 11 hingga 23 Mac di Bangkok dan kawasan sekitarnya ekoran kemungkinan berlaku keganasan semasa rapat umum kemeja merah selama tiga hari mulai 12 Mac.  
       
    Suthep berkata cadangan itu dibuat pada mesyuarat Jawatakuasa Pemantau Keselamatan hari ini di ibu pejabat tentera di sini.  
       
    Mesyuarat itu dihadiri oleh para panglima tertinggi tentera termasuk Panglima Tentera Darat Jeneral Anupong Paojinda dan pemangku Ketua Polis Jeneral Polis Patheep Tanprasert. 

    Chicken Rice Shop Restaurant
    view counter
       
    "Kita perlu isytihar ISA bagi menghalang berlakunya keganasan," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat itu.   
       
    Dengan menguatkuasakan ISA, tentera akan mengambil alih tugas daripada polis dalam menjamin keselamatan di kawasan-kawasan tertentu dan perhimpunan awam akan dilarang.

    BERNAMA
     

    Date: 
    Mon, 08/03/2010
  8. Pakatan dakwa negerinya lebih baik dari BN

    Negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi yang lebih memberansangkan berbanding negeri-negeri bawah BN, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pakatan hari ini.



    Ini berdasarkan beberapa petunjuk prestasi ekonomi yang dinyatakan, termasuk jumlah pelaburan, bilangan projek yang diluluskan serta program kebajikan yang dijalankan di negeri masing-masing, khususnya bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), sekolah Tamil dan Cina.

    iptv for malaysia 8tv american idol
    view counter

    Tumpuan diberikan kepada negeri Selangor yang mencatat jumlah pelaburan sebanyak RM6.76 bilion tahun lalu.

    Negeri ini dijangka mengalami pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga 7 peratus tahun ini, berbanding penguncupan sebanyak 3.87 peratus pada 2009.

    "Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya," kenyataan itu dipetik.

    Selangor turut menggariskan peruntukan sebanyak kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sepanjang 2010.

    "Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari kerajaan negeri mahupun sumbangan individu," menurut kenyataan tersebut.

    Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; setiausaha agung DAP yang juga ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; dan naib presiden PAS, Salahuddin Ayub.

    Sementara itu, prestasi di Pulau Pinang pula digambarkan melalui kejayaan negeri itu merekodkan lebihan belanjawan sebanyak RM88 juta, selain kelulusan sebanyak 104 projek industri.

    "Kerajaan negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul.

    "Bantuan kewangan kepada SAR berjumlah RM97,000 setiap sekolah, RM60,000 setiap sekolah Cina dan RM63,000 setiap sekolah Tamil," kata kenyataan tersebut.

    Negeri itu juga turut mendakwa berjaya membasmi kemiskinan tegar dalam masa satu tahun serta menjamin bantuan sebanyak RM500 sebulan kepada setiap keluarga.

    Sementara itu, Kedah pula menggariskan jumlah pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta sehingga September tahun lalu.

    "Kini dengan keluasan 1,000 hektar, kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai setiap tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. Sedangkan di bawah pentadbiran BN, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu setiap tan metrik.

    Dalam pada itu, Kelantan pula menyenaraikan kejayaannya mengadakan program kebajikan, termasuk program Kifalah, Perbadanan Ladang Rakyat, dan juga pembangunan Bandar Baru Tunjung sebagai sebuah pusat komersil baru.

    "Kerajaan negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan.

    Selain itu PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990," menurut kenyataan itu lagi.

    Kenyataan itu juga menyebut, rakyat di empat negeri berkenaan turut menunjukkan perpaduan kaum yang lebih kukuh walau berdepan dengan "masalah perkauman yang meruncing."

    "Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat.

    "Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi," menurut kenyataan yang diedarkan biro komunikasi PKR itu lagi.
     

    Date: 
    Mon, 08/03/2010
  9. Blog untuk dapat pandangan umum tentang gaji minimum

    KUALA LUMPUR, 8 Mac - Kementerian Sumber Manusia akan melancarkan sebuah blog dalam tempoh dua minggu lagi bagi mendapatkan pandangan orang ramai tentang konsep gaji minimum.
       

    Menterinya Datuk Dr S. Subramaniam berkata ia perlu kerana kini terdapat pelbagai pandangan berbeza tentang isu tersebut di mana ada yang mahu gaji minimum mesti dilaksanakan manakala ada pula berpendapat ia harus ditentukan oleh pasaran.
       
    "Kedua-dua pandangan ini mempunyai hujah-hujah yang jelas mengenai pandangan mereka...oleh itu saya akan melancarkan blog ini dan kita akan membukanya kepada sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan tentang perkara ini untuk memberi pandangan mereka dan kami akan mengkajinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran buku "Contracts of Employment and Malaysian Industrial Law"  di sini hari ini.
       
    Beliau berkata blog tersebut akan dibuka selama tiga bulan bagi membolehkan orang ramai memberikan pandangan mereka tentang isu tersebut dan setelah mendapat pandangan itu barulah mereka akan membincangkan perkara tersebut di peringkat kementeriannya.
       
    Sementara itu, ketika ditanya mengenai permintaan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE)yang mahu kerajaan menambah bilangan hari cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari, beliau berkata ia akan kekal sebegitu.
       
    Beliau berkata perkara tersebut perlu dibuat kajian mendalam kerana dalam sesebuah negara perlu ada sistem yang lebih sama antara swasta dan kerajaan.
       
    " Sekarang apa yang berlaku adalah kebanyakan mereka yang bersalin berpendapat 60 hari itu cukup dan yang memerlukan akan mengambil lebih daripada itu dan biasanya majikan akan membantu mereka," katanya lagi.
       
    Ketika ditanya mengenai wanita yang semakin ramai mendominasi pekerjaan di pejabat kerana mereka adalah golongan majoriti di institusi pengajian tinggi, Dr Subramaniam berkata apa yang penting untuk menyeimbangkannya ialah dengan menarik lebih ramai lagi kaum lelaki terutamanya dengan meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik terutama di peringkat sekolah menengah.
       
    " Di peringkat itu harus dikaji apakah halangan yang menyebabkan pencapaian mereka tidak sampai kepada peratusannya dan mengapa mereka tidak mendapat tempat di institusi pengajian tinggi dan kalau kita boleh tahu sebabnya maka kita boleh membuat perubahan di situ, itu yang paling mustahak," katanya lagi.
       
    BERNAMA
     

    Date: 
    Mon, 08/03/2010
  10. Tahanan ISA rakyat Yaman dihantar pulang

    Seorang tahanan ISA warga Yaman - salah seorang daripada 12 orang yang ditahan sejak lebih sebulan lalu- telah dihantar pulang minggu lalu, kata peguam Syahredzan Johan.

    Menurutnya , pelajar bernama Khalid Saleem Mohammed itu telah dihantar pulang pada lalu.

    Syahredzan berkata ia berdasarkan kepada faksimili yang diterima daripada Kementerian Dalam Negeri.

    "Kita bimbang kesemua tahanan ini akan dihantar pulang sebelum pendengaran kes habeas corpus ke atas mereka pada 10 Mac ini, sedangkan tahanan ini masih belum dapat bertemu dengan peguam," katanya dalam sidang media di pejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur hari ini.

    Tambahnya, peguam bagaimanapun telah berjaya menemui anggota keluarga tahanan berkenaan bagi mendapatkan perintah untuk mewakili mereka.

    Dalam perkembangan berkaitan, Shahredzan berkata, kerajaan juga telah memfailkan satu afidavit bagi membantah pendengaran kes berkenaan di mahkamah.

    Bercakap dalam sidang media sama, presiden majlis itu Ragunath Kesavan berkata warga berkenaan perlu diberi layanan selayaknya mengikut peruntukan undang-undang negara.

    "Mereka tidak boleh dihantar pulang sebelum diberi peluang untuk mendapat perlindungan undang-undang," katanya.

    Sembilan daripada 12 yang ditahan itu terdiri daripada seorang rakyat Malaysia, manakala selebihnya rakyat Syria, Yaman, Nigeria dan Jordan.

    Dua belas orang tersebut adalah antara 50 orang yang ditahan di Sungai Cincin, Gombak bulan lalu. Bagaimanapun, 38 daripadanya telah dibebaskan tidak lama kemudian.

    MALAYSIA KINI
     

    Date: 
    Mon, 08/03/2010
30 days TRIAL

ipTV

Everyday more than 500 popular programmes

72 hours of recording time

Rewind, Fast Forward, Pause & more Features

Local Malaysia TV programs : TV1, TV2, TV3, NTV7
and etc ....

international English Program : Bloomberg News, Al
Jazeera, NHK and etc..

Watching TV anywhere, anytime

Detail

view counter

pagi log in