You are hereISA mungkin dikuatkuasakan di Bangkok pada 11-23 Mac
ISA mungkin dikuatkuasakan di Bangkok pada 11-23 Mac
BANGKOK - Timbalan Perdana Menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal keselamatan Suthep Thaugsuban akan mencadangkan kepada kabinet esok untuk penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 11 hingga 23 Mac di Bangkok dan kawasan sekitarnya ekoran kemungkinan berlaku keganasan semasa rapat umum kemeja merah selama tiga hari mulai 12 Mac.
Suthep berkata cadangan itu dibuat pada mesyuarat Jawatakuasa Pemantau Keselamatan hari ini di ibu pejabat tentera di sini.
Mesyuarat itu dihadiri oleh para panglima tertinggi tentera termasuk Panglima Tentera Darat Jeneral Anupong Paojinda dan pemangku Ketua Polis Jeneral Polis Patheep Tanprasert.
"Kita perlu isytihar ISA bagi menghalang berlakunya keganasan," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat itu.
Dengan menguatkuasakan ISA, tentera akan mengambil alih tugas daripada polis dalam menjamin keselamatan di kawasan-kawasan tertentu dan perhimpunan awam akan dilarang.
BERNAMA