You are hereSingapura lanjutkan bayaran konsesi pelabuhan
Singapura lanjutkan bayaran konsesi pelabuhan
SINGAPURA - Singapura melanjutkan 10 peratus kos konsesi pelabuhan untuk semua kapal laut dengan tempoh berlabuh tidak lebih 10 hari dan 20 peratus bayaran konsesi untuk kapal pelabuhan pelabuhan yang terlibat dalam aktiviti komersil dalam kawasan perairan pelabuhan selama enam bulan lagi mulai 1 April hingga 30 Sept.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kedua bagi Kewangan dan Pengangkutan, Lim Hwee Hua semasa membahaskan belanjawan untuk Kementerian Pengangkutan di Parlimen Singapura hari ini.
Lanjutan itu adalah tambahan kepada bayaran pelabuhan sedia ada yang dinikmati oleh industri berkenaan.
Tahun lepas, sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu industri perkapalan semasa kelembapan ekonomi, Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA) memperkenal konsesi itu mulai 1 April 2009 hingga 31 Mac 2010.
Mengulas perkara itu, Ketua eksekutif MPA Lam Yi Young berkata lanjutan bayaran konsesi itu akan membantu industri perkapalan mengurangkan kos perniagaan serta meningkatkan tarikan Singapura sebagai hab untuk perniagaan maritim.
BERNAMA
Date:
Thu, 11/03/2010
Tags