You are hereFirefly Holiday lancar pameran perdagangan pelancongan terbesar dunia
Firefly Holiday lancar pameran perdagangan pelancongan terbesar dunia
KUALA LUMPUR - Firefly Holiday, anak syarikat Malaysia Airlines (MAS) dilancarkan di Berlin pada Rabu, berikutan pembukaan ruang pameran Malaysia di ITB Berlin, pameran perdagangan dan pelancongan terbesar di dunia.
Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen melancarkan portal pelancongan penuh pertama Malaysia Firefly Holiday, yang menawarkan pakej-pakej seluruh dunia menerusi ciri-ciri "Lakukan Sendiri".
"Firefly Holiday sesuai untuk pelancong memandangkan ia menawarkan kemudahan mulai tarikh tempahan hingga ketibaan ke distinasi pilihan.
"Ia menawarkan satu titik sentuh kepada operator pelancongan semasa ketibaan bagi penerbangan darat satu dalam semua," kata Dr Ng dalam satu kenyataan hari ini.
Setakat ini Firefly Holiday sudah meluaskan perkhidmatannya ke lebih daripada 100 destinasi MAS di seluruh dunia menerusi pakej-pakej percutian antarabangsa.
Pakej-pakej antarabangsa Firefly Holiday juga melengkapkan tawaran perkhidmatan oleh Firefly menerusi perjanjian perkongsian kod dengan MAS, kata kenyataan itu.
"Menerusi perkongsian itu, portal perjalanan itu boleh menyelaraskan pakej-pakej darat dengan penerbangan antarabangsa," katanya.
BERNAMA
Date:
Thu, 11/03/2010
Tags
