You are herelatest Berita Nasional Malaysia news
latest Berita Nasional Malaysia news
-
150,000 Peruncit Jamin Tidak Sertai Boikot Jual Gula, Tepung Dan Minyak
KUALA LUMPUR - Seramai 150,000 anggota 16 persatuan peruncit dan penjaja kecil di seluruh negara tidak akan menyertai boikot penjualan gula, tepung dan minyak masak yang dijangka bermula Selasa ini.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam satu kenyataan di sini Khamis berkata jaminan itu diberi oleh wakil persatuan terbabit ketika menemui Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.
Date:Thu, 10/06/2010 -
Orang Asli Sambut Baik Pemilikan Tanah Melalui RMK-10
KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan memberi pemilikan hak milik tanah kepada Orang Asli menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dilihat boleh mengatasi masalah penempatan yang sudah sekian lama membelenggui masyarakat itu.
Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia Majid Suhut berkata masyarakat Orang Asli, yang kebanyakannya tinggal di kawasan yang dimiliki oleh kerajaan negeri seperti di dalam hutan dan tepi sungai, amat berharap tanah yang diduduki selama ini menjadi milik mereka.
Date:Thu, 10/06/2010 -
Rakyat Malaysia Anggap Kesihatan Oral Kurang Penting, Kata Rosmah
KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor meluahkan rasa terperanjat apabila mengetahui 90 peratus daripada orang dewasa di negara ini menghadapi masalah gigi reput.
Beliau berkata masalah itu berpunca daripada sikap rakyat yang menganggap kesihatan oral sebagai kurang penting.
"Secara peribadi saya berasa terkejut apabila mengetahui 90 peratus rakyat Malaysia yang dewasa menghadapi kereputan gigi.
Date:Thu, 10/06/2010 -
Serampang tiga mata tangani masalah modal insan
Salah satu perhatian utama Malaysia adalah tahap kekurangan modal insan yang berbakat, kerana sama ada mereka berpindah ke luar negeri atau tidak cukup mahir untuk memenuhi standard industri.
Dengan demikian, kerajaan berusaha untuk melakukan perubahan besar dalam sistem pendidikan dengan harapan untuk menghasilkan bakat kelas dunia bagi memastikan kemampanan ekonomi sepanjang Rancangan Malaysia 10.
Date:Thu, 10/06/2010 -
Hisham: Polis hilang 62 senjata api sejak 2001
Pihak polis telah kehilangan 62 senjata api sejak tahun 2001, kata menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini.
Date:Wed, 09/06/2010 -
MP 'bergaduh' di tempat rehat Dewan Rakyat
Satu usul dibentangkan mengikut peraturan Dewan Rakyat 26(1)(P) bagi menyiasat kekecohan yang berlaku di tempat rehat khas ahli parlimen ketika mereka mengadakan perbincangan mengenai kekurangan biasiswa kerajaan yang ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera.
Date:Wed, 09/06/2010 -
Terus kaitkan 1Malaysia dan One Israel
Seperti juga dalam siri ceramahnya sebelum ini, Anwar terus mengulangi Umno yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar Apco Worldwide RM77 juta setahun.
Ketika berdepan dengan Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen, Anwar terus mendakwa telah mengemukakan 'bukti' berhubung dakwaannya yang mengaitkan slogan 1Malaysia dengan One Israel.
Date:Wed, 09/06/2010 -
Anwar: Kalau gugur MP, saya pusing satu negara
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ejen Israel kini memusuhinya disebabkan sokongannya terhadap Hamas - sebuah gerakan pembebasan Islam - di wilayah bergolak Gaza di Palestin.
Anwar berkata sebuah organisasi Yahudi sedunia kini giat melobi supaya negara Israel memutuskan hubungan dengannya.
"Badan Yahudi sedunia kata Anwar Ibrahim merupakan seorang musuh Yahudi utama, maka orang Israel mesti putuskan hubungan dengan dia," katanya.
Date:Wed, 09/06/2010 -
Tahap puas hati terhadap PM di rekod tertinggi
Tahap puas hati rakyat Malaysia terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meningkat 72 peratus berbanding 69 peartus pada April lalu, menurut bancian yang dijalankan oleh Merdeka Centre.
Date:Tue, 08/06/2010 -
Judi: Siapa berbohong - Najib atau BERJAYA?
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika beliau tidak memberi gambaran yang sebenar berhubung pemberian lesen judi sukan.
Date:Tue, 08/06/2010